Kerjaya kelab Oliver Neuville

Neuville telah dilahirkan di Locarno, Switzerland. Bapa beliau merupakan orang Jerman yang berasal dari Aachen manakala ibu beliau pula merupakan orang Itali dari daerah Calabria. Neuville memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Servette FC. Pada musim keduanya di divisyen teratas Switzerland, eliau menjaringkan 16 gol dan membantu kelabnya untuk menjuarai kejuaraan liga selepas penantian sembilan tahun.

Pada musim 1996-97, Neuville bermain untuk CD Tenerife di Sepanyol. Beliau menjaringkan lima gol dalam 1,885 minit dan berjaya membantu pasukan Kepulauan Canary itu ke tempat kejohanan Eropah. Malah, pasukannya layak ke separuh akhir dalam Piala UEFA. Selepas itu, beliau berpindah ke Jerman untuk menandatangani kelab FC Hansa Rostock dan menjaringkan lapan gol dalam musim debutnya di Bundesliga. Pasukan dari Jerman Timur itu menduduki tempat keenam liga.

Neuville menandatangani kelab Bayer Leverkusen pada musim panas 1999 dan menjadi penyerang sensasi kelab. Beliau menjaringkan 28 gol dari tahun 2000 sehingga 2002 dan lima gol dalam kemunculan Liga Juara-Juara 2001-02. Leverkusen di tempat naib juara di belakang Real Madrid.

Pada usia 31 tahun, Neuville sertai Borussia Mönchengladbach untuk musim 2004-05 secara percuma. Pada 17 Oktober 2004, beliau menjaringkan gol kontroversi melalui tangan pada perlawanan menang 2-0 ke atas 1. FC Kaiserslautern. Disebabkan itu, beliau digantung dua perlawanan. Beliau menjaringkan 22 gol dalam dua musim pertamanya. Namun, untuk musim ketiganya, Monchengladbach telah turun ke 2. Bundesliga selepas gagal menunjukkan prestasi terbaik di Bundesliga. Pada musim itu juga, beliau mengalami kecederaan.

Neuville kembali ke skuad pada musim 2007-08 dengan menjaringkan 15 gol untuk membantu Borussia maju ke Bundesliga. Beliau membuat kemunculan terakhir Bundesliga pada musim 2009-10 menentang pasukan lama, Bayer Leverkusen.

Neuville merancang apabila beliau ingin menjadi jurulatih remaja Borussia Mönchengladbach. Walau bagaimanapun, beliau ingin bermain setahun lagi dan menandatangani kelab Arminia Bielefeld di 2. Bundesliga. Namun, hanya selepas sebulan bermain, beliau mengumumkan bersara pada usia 37 tahun.